Cari:
Senat AS Lulus Sekatan terhadap Rusia
2017-06-15 14:59:32 CRI Cetak

Senat AS semalam meluluskan usul sekatan terhadap Rusia dengan majoriti undi setuju, sebagai respons kepada dakwaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya AS pada tahun lalu.

Menurut usul tersebut, sekatan kali ini dikenakan ke atas sejumlah warga Rusia yang dituduh mencabul hak asasi manusia, melakukan rasuah, menyediakan senjata kepada kerajaan Syria, membantu Rusia melancarkan serangan siber serta menjual maklumat kepada badan perisikan dan pertahanan Rusia.

Sekatan juga akan dikenakan terhadap industri perlombongan dan pengangkutan di Rusia.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson berkata, beliau bersetuju bahawa Rusia mesti bertanggungjawab atas campur tangannya dalam pilihan raya AS. Tetapi usul berkenaan perlu lebih fleksibel memandangkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sentiasa berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China