Cari:
China Menentang "Kuasa Lengan Panjang" AS
2017-07-20 14:25:00 CRI Cetak

China menentang tindakan Amerika Syarikat yang menjangkaukan bidang kuasa domestik ke atas negara lain.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berhubung sekatan sepihak AS terhadap badan dan individu yang ada kaitan dengan Iran, termasuk syarikat swasta dan individu China.

AS pada 18 Julai lalu mengumumkan sekatan terhadap sebelas badan dan tujuh individu kerana menyokong program peluru berpandu balistik Iran dan kegiatan keganasan.

Menurut Lu Kang, perjanjian komprehensif yang dicapai mengenai isu nuklear Iran merupakan pencapaian penting yang membolehkan penyelesaian isu berkenaan menerusi saluran politik secara damai.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Iran bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang digariskan dalam perjanjian tersebut sambil mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara lain. Keadaan ini sesuai dengan hasrat masyarakat antarabangsa.

Tindakan AS menjangkaukan undang-undang domestiknya terhadap negara lain tidak bermanfaat bagi meningkatkan kesalingpercayaan antara pihak-pihak berkenaan dan tidak membantu dalam penyelesaian masalah antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China