Cari:
AFCA Bakal Dirasmikan dengan 107 Anggota Pengasas
2017-07-21 15:33:56 CRI Cetak

Majlis penubuhan Persatuan Kerjasama Kewangan Asia (AFCA) akan diadakan di Beijing pada 24 Julai nanti, dengan 107 institusi dari lima benua menyertai sebagai anggota pengasas. China mengucapkan tahniah atas penubuhan pertubuhan itu.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang semalam, China sentiasa komited untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara institusi kewangan serantau.

Cadangan untuk membangunkan platform pertukaran dan kerjasama kewangan Asia dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping sempena Forum Asia Boao seawal tahun 2015 lagi.

AFCA yang ditubuhkan pada Mei lalu, merupakan salah satu hasil Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) pada tahun lalu.

Lu Kang berharap AFCA dapat menyumbang kepada kestabilan pasaran kewangan serantau malah antarabangsa demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China