Cari:
235 Tebusan Warga Afghanistan Dibebaskan
2017-08-09 14:45:24 CRI Cetak

Menurut Tolo TV Afghanistan, 235 warga yang diculik oleh kumpulan pelampau di provinsi Sar-e Pol, utara negara itu telah dibebaskan pagi semalam.

Tebusan itu diculik pada minggu lalu ketika berlaku serangan keganasan di provinsi tersebut yang turut meragut 30 nyawa.

Mangsa yang diselamatkan telah dibawa ke bandar Sar-e Pol pada petang hari yang sama untuk mendapatkan bantuan dan rawatan, lapor badan media itu memetik kenyataan kerajaan tempatan.

Operasi untuk membanteras ekstremis kini sedang dijalankan oleh pasukan keselamatan negara.

Presiden Ashraf Ghani dalam kenyataan yang mengecam serangan itu, memberikan amaran bahawa pesalah yang terlibat dalam sebarang serangan dan penculikan akan dikenakan hukuman berat.

Pada masa ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan di Sar-e Pol.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China