"Koridor laut dan langit", platform menunjukkan budaya dan sejarah Guangzhou, ibu kota provinsi Guangdong, China telah dibuka kepada awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou pada 16 Ogos lalu. Para penumpang boleh mengetahui sejarah dan budaya di Guangzhou melalui platform tersebut.
Guangzhou merupakan tempat penting dalam Laluan Sutera Maritim pada zaman dahulu. Seiring dengan pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), peranan bandar itu bagi mengembangkan ekonomi semakin besar. Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou memainkan peranan yang semakin besar bagi B&R.