Cari:
PBB Kutuk Pelancaran Peluru Berpandu DPRK
2017-08-30 12:18:55 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar semalam, mengutuk keras ujian pelancaran peluru berpandu oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya bahawa tindakan DPRK tersebut membelakangi resolusi PBB, menjejaskan keselamatan dan kestabilan serantau serta usaha untuk memulihkan rundingan.

Beliau menuntut DPRK memikul tanggungjawab antarabangsa dan kembali ke meja rundingan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan, dan Kesatuan Eropah (EU) turut mengutuk tindakan DPRK tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya bersabar dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China