Cari:
Ulang Tahun ke-45 Pemulihan Hubungan China-Jepun
2017-09-10 14:31:19 CRI Cetak

Majlis jamuan bagi memperingati ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan diplomatik China-Jepun diadakan di Beijing malam kelmarin, dihadiri lebih 300 tokoh pelbagai lapisan masyarakat dari kedua-dua negara.

Bekas ahli Dewan Negara, Tang Jiaxuan yang juga Presiden Persatuan Persahabatan China-Jepun berkata, China dan Jepun perlu saling menghormati kepentingan asas dan keprihatinan satu sama lain, memanfaatkan kelebihan kesalinglengkapan ekonomi, memperkasakan kerjasama inovasi, di samping meningkatkan pertukaran sosiobudaya serta di kalangan belia dan peringkat tempatan.

Selain itu, kedua-dua negara perlu mengukuhkan kerjasama menang-menang dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Presiden Persatuan Penggalakkan Perdagangan Antarabangsa Jepun, Kouno Youhei pula berkata dalam tempoh 45 tahun lalu, pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara semakin rancak. Setelah berlakunya insiden kebocoran loji nuklear di Fukushima, rakyat China telah banyak memberi bantuan. Kedua-dua negara perlu berusaha untuk membaiki hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China