Cari:
China Utamakan Keselamatan Nuklear
2017-09-19 13:46:30 CRI Cetak

China sentiasa mempertahankan konsep keselamatan nuklear yang objektif dan terselaras.

Demikian dikatakan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom China (CAEA), Tang Dengjie dalam persidangan ke-61 Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diadakan di Viena, semalam.

Beliau berkata, China menyokong IAEA memainkan peranan utama dalam kerjasama keselamatan nuklear antarabangsa.

Tambahnya, China berpegang pada dasar membangunkan tenaga nuklear secara efisien dan mengutamakan keselamatan. Selain itu, China terus-menerus meningkatkan kemampuan menjamin keselamatan nuklear menerusi penggubalan undang-undang dan pelan tindakan khusus yang berkenaan.

China bersedia bersama-sama negara di rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia memberikan sumbangan terhadap keselamatan nuklear sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China