Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan rakan sejawatnya dari Iran, Mohammad Javad Zarif mengadakan perbincangan tentang pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Kerry berkata, kedua-dua pihak perlu berusaha untuk memastikan perjanjian tersebut dilaksanakan dengan "kaedah yang sesuai" demi kebaikan semua pihak yang terbabit.
Zarif pula berkata, perbincangan kali ini adalah tentang cara untuk memastikan Iran memperoleh manfaat yang wajar daripada pelaksanaan perjanjian tersebut.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan perbincangan yang berkenaan pada 22 April.