Cari:
Hassan Rouhani: IAEA Perlu Adil
2015-09-21 12:26:38 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rouhani ketika ditemui Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano semalam berkata, pihaknya berharap agar IAEA mempertahankan sikap yang adil ketika menyelia pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Menurut beliau, Iran secara sukarela akan melaksanakan terma tambahan dalam perjanjian pengawalan nuklear. Kerana memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan perjanjian tersebut, IAEA diminta memantau dengan adil dan membantu Iran untuk menambah baik sains dan teknologi dalam bidang nuklear.

Yukiya Amano pula berkata, kerjasama komprehensif Iran dalam isu nuklear amat dialu-alukan oleh masyarakat antarabangsa. Sekarang adalah masa yang paling baik untuk menyelesaikan isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China