Forum Perdagangan Asia 2017 yang bertemakan "tingkatkan kerjasama untuk keuntungan bersama dan menang-menang" diadakan di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong semalam.
Prospek kerjasama antara Hong Kong dengan ASEAN dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menjadi fokus forum tersebut.
Para peserta telah duduk berbincang tentang isu-isu seperti masa depan Asia dalam perubahan situasi ekonomi makro sejagat, perkembangan syarikat Hong Kong dan Tanah Besar China dalam pelaksanaan inisiatif B&R, serta peluang baharu yang dibawa oleh kemajuan teknologi dan ekonomi internet.
Menurut pakar, Hong Kong mempunyai kelebihan dalam bidang kewangan, logistik, teknologi maklumat dan undang-undang. Wilayah itu mampu berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan Tanah Besar China dengan negara-negara yang terlibat dengan Laluan Sutera Maritim.