Cari:
Palestin Tubuhkan Badan Kerajaan Baharu
2017-10-18 12:12:59 CRI Cetak

Kerajaan Palestin semalam mengumumkan, pihaknya telah mula menyusun semula jabatan dan institusi kerajaan di Genting Gaza.

Perdana Menteri, Rami Hamdallah telah meneraju mesyuarat rutin kerajaan di Ramallah. Dalam pengumuman akhbar mesyuarat itu dinyatakan bahawa sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengelola tugas-tugas agensi kerajaan, imigresen dan keselamatan di Genting Gaza.

Mesyuarat rutin kerajaan akan diadakan di Tebing Barat dan Genting Gaza secara bergilir bermula minggu depan. Selain itu, kerajaan Palestin menyeru negara-negara Arab dan pihak penyumbang agar menambah bantuan agar mempercepat pembinaan semula Genting Gaza dan mengurangkan kesengsaraan penduduk tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China