Presiden China, Xi Jinping membalas surat yang dikirim graduan sarjana kumpulan pertama Institut Kerjasama dan Pembangunan Selatan-Selatan (ISSCAD).
Xi dalam suratnya melahirkan rasa gembira atas kejayaan para graduan tersebut menyelesaikan pengajian mereka. Menurutnya, keadilan, toleransi dan pembangunan berkekalan merupakan hasrat bersama dan juga tujuan pembinaan institut ini.
Kerjasama selatan-selatan merupakan usaha negara-negara membangun untuk bergabung tenaga dan menangani cabaran bersama-sama. China akan mendorong kerjasama Selatan-Selatan melalui platform ISSCAD untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama di negara-negara membangun.
Xi mengumumkan rancangan penubuhan ISSCAD di China ketika menghadiri siri sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015. ISSCAD ditubuhkan secara rasmi di Universiti Peking pada April 2016.