Cari:
Rusia: Sistem Antipeluru Berpandu Jejaskan Kestabilan
2017-10-21 14:54:20 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, penempatan sistem antipeluru berpandu oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutunya di Eropah dan Asia-Pasifik, menjejaskan kestabilan strategi antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri persidangan pengawalan nuklear antarabangsa di Moscow semalam.

Menurutnya, perjanjian pengawalan senjata nuklear merupakan topangan bagi sistem keselamatan antarabangsa. Namun perjanjian itu sedang menghadapi cabaran sengit.

Tambah beliau, penyelesaian masalah nuklear Semenanjung Korea memerlukan usaha diplomatik pelbagai negara. Negara-negara yang terlibat perlu bersabar dan mengelakkan konflik kekerasan. Beliau menyeru negara-negara berkenaan menyokong kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Rusia dan China pada Julai lalu tentang isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China