Cari:
Rusia Bantah AS Ceroboh Bangunan Diplomatik
2017-10-03 14:30:11 CRI Cetak

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan semalam membantah keras tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerbu masuk dan menggeledah beberapa bangunan diplomatik milik negaranya di wilayah AS.

Rusia menyifatkan tindakan itu sebagai satu pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan menyatakan berhak mengambil tindakan balas.

Menurut portal kementerian itu, AS telah menyerbu masuk ke semua bangunan Konsul Rusia di San Francisco termasuk kediaman diplomat.

Tindakan serupa telah diambil AS di lima lagi bangunan diplomatik Rusia sejak Disember lalu.

Jabatan Negara AS pada 31 Ogos lalu menyatakan, pihaknya meminta Rusia menutup Konsul di San Francisco dan kemudahan diplomatik di Washington dan New York sebelum 2 September lalu, sebagai tindakan balas terhadap Rusia yang mahu AS mengurangkan jumlah pegawai diplomat di Rusia. Selepas itu, Jabatan Negara AS mengeluarkan notis yang mengizinkan diplomat Rusia tinggal di Konsul di San Francisco hingga 1 Oktober lalu.

Lihat juga
berita lain
v Rusia, AS Terus Bertikam Lidah 2017-08-15 12:43:53
v Rusia Sedia Pulih Dialog dengan AS 2017-08-07 12:47:28
v Gencatan Senjata Syria Berkuat Kuasa 2017-07-10 15:58:58
v Senat AS Lulus Sekatan terhadap Rusia 2017-06-15 14:59:32
v AS Lantik Peguam Khas Siasat Rusia 2017-05-18 14:52:20
v Trump Harap Hubungan Diplomatik dengan Rusia Kembali Jernih 2017-05-11 15:40:01
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China