Cari:
Rusia Sedia Pulih Dialog dengan AS
2017-08-07 12:47:28 CRI Cetak

Rusia bersedia memulihkan dialog dengan Amerika Syarikat (AS) dengan prasyarat Washington mengubah sikap yang dilihat sebagai "ingin berkonfrontasi".

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyatakan demikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari AS, Rex Tillerson di Manila, Filipina semalam.

Dalam sidang media selepas pertemuan tersebut, Lavrov menyatakan bahawa beliau telah memaklumkan Tillerson tentang tindakan balas Rusia terhadap sekatan yang dikenakan oleh AS setelah diminta memberi butiran berkaitan hal itu.

Pada 2 Ogos lalu, Presiden AS, Donald Trump meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia, Iran dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Sebagai respons, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengeluarkan arahan untuk mengehadkan jumlah pegawai diplomat AS di Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China