Cari:
AS, Korea Selatan Komited Selesaikan Isu Nuklear Secara Damai
2017-11-08 15:47:32 CRI Cetak

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan pertemuan di Chong Wa Dae semalam.

Kedua-dua pemimpin telah menegaskan semula komitmen untuk menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea secara damai, serta menuntut Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menghentikan program nuklearnya.

Menurut mereka, tindakan Pyongyang yang terus berdegil membangunkan program nuklear akan menyebabkan negara itu dipulaukan dari segi diplomatik dan berdepan kesukaran ekonomi. Jika DPRK akur melepaskan sepenuhnya program nuklear, mekanisme kedamaian yang berkekalan boleh diwujudkan di Semenanjung Korea.

Selain isu nuklear, kedua-dua pemimpin turut membincangkan langkah-langkah untuk memperkasakan perdagangan yang bebas, adil dan seimbang antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China