Cari:
AIIB Sokong Kesalinghubungan APEC
2017-11-10 14:30:18 CRI Cetak

Presiden Bank Pelaburan Infrasturktur Asia (AIIB), Jin Liqun dalam Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC CEO Summit) semalam menyatakan, pihaknya akan menyokong sepenuhnya pembinaan prasarana di rantau Asia Pasifik serta memperkasakan kesalinghubungan dan mendorong pembangunan ekonomi yang komprehensif dan inklusif.

Menurutnya, AIIB sedang bekerjasama dengan Bank Dunia (WB), Bank Pembangunan Asia (ADB) serta institusi-institusi lain untuk menangani masalah kekurangan pelaburan terhadap prasarana di rantau Asia Pasifik malah dunia.

Katanya, AIIB telah mengadakan kerjasama yang meluas dengan APEC dalam bidang kesalinghubungan. Banyak projek berkenaan telah dijalankan dengan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China