Cari:
Presiden Xi: Sayangi OKU
2017-11-30 17:30:32 CRI Cetak

Sidang peringkat tinggi antara kerajaan untuk menilai perkembangan semasa pelan pembangunan kesejahteraan orang kelainan upaya (OKU) di Asia Pasifik bagi tempoh sedekad (2013-2022) berlangsung di Beijing pada 27 November hingga 1 Disember ini.

Presiden China, Xi Jinping telah mengirim perutusan tahniah atas penganjuran sidang kali ini.

Menurut beliau, golongan OKU merupakan anggota umat manusia yang sama kedudukannya. Keprihatinan terhadap golongan ini adalah amat mustahak.

Seiring dengan pelaksanaan Konvensyen PBB mengenai Hak OKU serta Agenda 2030 Pembangunan Mampan, melindungi hak dan kepentingan OKU secara sama rata serta menggalakkan integrasi mereka dalam masyarakat telah menjadi konsensus dan tindakan bersama seluruh dunia.

Xi berharap sidang kali ini membawa sumbangan baharu bagi menambah baik kesejahteraan OKU di rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China