Cari:
China Sokong Penubuhan Negara Palestin
2017-12-23 14:22:53 CRI Cetak

China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa serta "penyelesaian dua negara". China menyokong penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967 dan beribu negara di Baitulmuqaddis.

Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian China tersebut ketika ditemui wakil Presiden Palestin, Ahmed Majdalani dan Nabil Shaath di Beijing semalam.

Wang berkata, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin dengan majoriti besar undi bersetuju meluluskan resolusi yang menyifatkan sebarang tindakan dan keputusan mengubah kedudukan Baitulmuqaddis adalah tidak sah. Resolusi itu memperlihatkan pandangan masyarakat antarabangsa tentang hal tersebut serta keinginan untuk mendorong proses damai Asia Barat.

Tambahnya, Presiden China, Xi Jinping ketika menemui rakan sejawatnya dari Palestin, Mahmoud Abbas pada Julai lalu telah mengemukakan empat cadangan untuk menyelesaikan isu Palestin-Israel. China akan komited menyelesaikan isu tersebut dan mewujudkan kedamian di Asia Barat berasaskan empat cadangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China