Cari:
Serangan Nekad di Kabul Ragut 41 Nyawa
2017-12-29 14:45:40 CRI Cetak

Kementerian Kesihatan Awam Afghanistan semalam mengesahkan bahawa serangan pengebom nekad yang menggegarkan Kabul pada hari yang sama telah mengakibatkan 41 maut dan 84 lagi cedera.

Maklum jurucakap kementerian itu, mangsa yang terbunuh termasuk empat wanita dan dua kanak-kanak. Kebanyakan mangsa cedera mengalami luka terbakar yang teruk, lima daripada mereka parah.

Insiden berlaku di bangunan pusat budaya Syiah di Kabul yang menempatkan agensi berita Afghan Voice, yang disyaki sasaran serangan. Sebilangan besar mangsa adalah wartawan dan anggota media.

Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Presiden Ashraf Ghani dan Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) masing-masing mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China