Cari:
Britain Susun Semula Jemaah Kabinet
2018-01-08 13:59:46 CRI Cetak

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan mengumumkan penyusunan semula jemaah kabinet hari ini.

Menurut ulasan akhbar The Sunday Times, penyusunan semula kabinet kali ini bagi menerima lebih banyak anggota wanita muda dan anggota bukan berkulit putih. Tindakan tersebut diharap dapat memenangi semula undi yang hilang ketika pilihan raya tahun lalu.

Selain itu, May dijangka akan mengumumkan Ketua Menteri Kabinet baharu, iaitu pemimpin mombor dua dalam kerajaan. Menurut penganalisis, Menteri Kesihatan pada masa ini, Jeremy Hunt kemungkinan besar dilantik jawatan itu.

Bekas Ketua Menteri Kabinet, Damian Green terpaksa meletakkan jawatan kerana terlibat dalam skandal seks pada bulan lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China