Cari:
Turki Tahan Lagi 109 Suspek Terlibat Rampasan Kuasa
2018-01-10 14:38:14 CRI Cetak

Polis Turki menahan sekurang-kurangnya 109 orang, termasuk 56 anggota tentera, yang disyaki terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada tahun 2016.

Menurut laporan Agensi Berita Anadolu, suspek-suspek tersebut didakwa ada kaitan dengan Gerakan Gulen, pimpinan Fethullah Gulen

yang kini tinggal di Amerika Syarikat (AS). Operasi menangkap suspek kali ini dijalankan secara serentak di 25 provinsi di negara itu di kawasan penempatan Turki di utara Cyprus.

Rampasan kuasa ketenteraan digagalkan di Turki pada Julai 2016. Pihak berkuasa Turki mendakwa bahawa Fethullah Gulen ialah dalang utama dan menyenaraikan Gerakan Gulen sebagai kumpulan pengganas.

Operasi menahan suspek yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa itu dan siasatan berkenaan masih dijalankan di Turki. Setakat ini, lebih 150 ribu orang dibuang digantung kerja manakala lebih 55 ribu orang ditahan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China