Forum Masa Depan Ekonomi China ke-9 diadakan di Beijing semalam. Forum yang bertemakan "ekonomi China pada era baharu" ini disertai lebih 400 wakil dari kerajaan pusat dan kerajaan tempatan, kalangan ekonomi, syarikat dan media.
Menurut pakar, mendorong pertumbuhan yang bermutu tinggi sesuai dengan perubahan baharu dalam pembangunan China. Ini juga merupakan pedomen asas bagi merancang kerja ekonomi pada masa sekarang dan masa depan.
Menurut unjuran, ekonomi China pada tahun 2018 akan mengekalkan kemantapan dari segi kadar pertumbuhan, pekerjaan, harga barang dan keefisinan. Keadaan ini akan menyediakan syarat yang baik bagi China untuk mewujudkan pembangunan bermutu lebih tinggi.