Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam memaklumkan bahawa tentera negaranya akan memperluaskan lingkungan operasi di utara Syria hingga ke kawasan Manbij di sebelah timur Afrin.
Beliau turut mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyokong pasukan bersenjata Kurd seperti Pasukan Pertahanan Rakyat (YPG) memasuki Manbij.
Menurutnya, sejak tentera Turki menjalankan operasi di utara Syria bermula Januari lalu, lebih seribu operatif musuh telah ditumpaskan.
YPG dikatakan mempunyai kaitan dengan Parti Buruh Kurdistan (PKK) yang diklasifikasikan sebagai pertubuhan keganasan.