Cari:
Abbas Mahu Sidang Antarabangsa Selesai Isu Palestin
2018-02-21 13:27:56 CRI Cetak

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa persidangan antarabangsa diadakan pada pertengahan tahun ini untuk membuka jalan kepada pengiktirafan negara Palestin mengikut sempadan yang ditetapkan pada 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

Abbas yang membuat gesaan itu dalam mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan PBB semalam, turut menggesa agar persidangan yang dicadangkan itu membawa kepada pengiktirafan status Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menekankan pentingnya mewujudkan mekanisme pelbagai hala hasil persidangan antarabangsa bagi menyelesaikan isu Palestin, sebagai sebahagian proses damai Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China