Cari:
Guterres Seru Hapuskan Diskriminasi Ras
2018-03-21 14:49:21 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru seluruh umat manusia agar bertoleransi dan menghormati perbezaan antara satu sama lain.

Dalam ucapan yang disampaikan semasa Perhimpunan Agung PBB sempena Hari Penghapusan Diskriminasi Ras Antarabangsa, Guterres mengingatkan semua bahawa ideologi ekstremis tidak boleh dibiarkan menjadi kelaziman, sementara warna kulit dan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan sesiapa sekalipun.

Beliau mengesa agar kempen menyebarkan fikiran keunggulan ras ditentang, begitu juga tindakan yang mencemarkan nama baik golongan imigran dan warga asing.

Perhimpunan Agung PBB menetapkan tarikh 21 Mac sebagai Hari Penghapusan Diskriminasi Ras Antarabangsa untuk memperingati tragedi protes berdarah yang berlaku di Sharpeville, Afrika Selatan pada tahun 1960.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China