Cari:
Xi Jinping Temu Usahawan Peserta BFA
2018-04-11 17:43:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan lebih 70 orang usahawan tempatan dan asing yang menyertai sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018.

Dalam pertemuan itu, Xi menyatakan sikap optimistik terhadap prospek ekonomi China, serta keyakinan terhadap masa depan yang dicipta dengan menempuh haluan yang betul, iaitu jalan sosialis bercirikan China, dan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

Kata beliau, pembaharuan yang telah dimulakan belum selesai. China akan terus membuka pintunya kepada dunia, di samping mewujudkan sistem yang lebih matang, pembangunan lebih berkualiti dan tadbir urus yang lebih efisien, demi kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.

China akan menyediakan suasana yang lebih longgar dan teratur kepada usahawan baik tempatan mahupun asing, dengan harapan penglibatan mereka membolehkan hasil pembaharuan, keterbukaan dan pembangunan China dapat dikongsi.

Xi juga menekankan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bertujuan menggalakkan hasil usaha China dinikmati seluruh umat manusia dan merealisasikan pembangunan menang-menang.

Antara hadirin yang turut menyampaikan ucapan termasuk sembilan wakil usahawan terkenal dari Tanah Besar dan Taiwan China, Thailand, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan dan Britain.

Mereka menyanjung tinggi kejayaan cemerlang yang dilakar sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China, serta sumbangan negara ini bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dunia.

Mereka akan merebut peluang yang dibawa usaha pembaharuan dan keterbukaan China serta pembinaan inisiatif B&R, bagi mencipta kemakmuran ekonomi di Asia malah dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China