Ucaptama bertajuk "keterbukaan cipta kemakmuran, inovasi teras masa depan" yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian Forum Asia Boao (BFA) menarik perhatian pemimpin pelbagai media yang menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia di Sanya. Mereka menyanjung tinggi tindakan China untuk mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta inisiatif untuk bersama-sama mencipta masa depan Asia dan dunia yang lebih cerah.
Naib Presiden Stesen TV Negara Kyrgyzstan, Kalyibek Asylbashev berkata, China tetap menjadi pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan sejagat dan penjaga order antarabangsa. Inisiatif China untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan tidak mengejar hegemoni atau untuk kepentingan sendiri, tetapi demi pembangunan bersama dan menang-menang.
Ketua Editor Stesen TV Uzbekistan, Muzaffar Ismailov inisiatif untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan oleh Presiden, Xi Jinping selaras dengan situasi global semasa ini. Pembangunan dunia tidak dapat diwujudkan melalui usaha sesebuah negara sahaja, ia memerlukan kerjasama pelbagai negara.