Cari:
Presiden Xi Tiba di Kazakhstan
2017-06-08 14:07:26 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Astana, ibu negara Kazakhstan semalam untuk lawatan rasmi ke negara itu serta menghadiri Sidang Ke-17 Majlis Pemimpin Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan majlis perasmian Ekspo Dunia Khas Astana.

Naib Perdana Menteri Pertama Kazakhstan, Ackar Mamin menyambut ketibaan Presiden Xi di Lapangan Terbang Antarabangsa Astana.

Xi berkata, China dan Kazakhstan merupakan jiran yang mesra.

Perkembangan hubungan antara China dengan Kazakhstan membawa pelbagai manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau yakin hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua negara akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau menanti-nantikan pertemuan dengan para pemimpin sempena sidang kali ini, membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang diberikan perhatian bersama serta pembangunan SCO pada masa depan, sekali gus mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China