Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Macron
2017-05-10 14:38:50 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi Presiden baharu Perancis, Emmanuel Macron menerusi telefon semalam.

Xi menyampaikan ucapan tahniah kepada Macron yang terpilih sebagai Presiden Perancis.

Hubungan antara China dengan Perancis sudah bersejarah sekian lama.

Perancis mempunyai kedudukan yang penting dalam hubungan luar China.

Pihaknya mengalu-alukan Perancis menyertai pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Kedua-dua pihak perlu mengekalkan komunikasi dan penyelarasan tentang isu-isu serantau dan antarabangsa demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

China tetap menyokong integrasi Eropah.

Macron pula berkata, beliau memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan kedua-dua negara.

Kerajaan baharu Perancis akan terus mengekalkan persahabatan dengan China serta mempertahankan dasar "Satu China".

Selain itu, kedua-dua pihak akan memperkasakan kerjasama pragmatik dalam hubungan luar, ekonomi dan perdagangan, industri serta pelaksanaan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China