Cari:
Xi Temui Duterte
2017-11-12 11:23:36 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte di Da Nang, Vietnam semalam.

Xi berkata, hubungan China-Filipina membuka lembaran baharu sejak Presiden Duterte melawat China pada Oktober tahun lalu. Kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dan mengembangkan hubungan dua hala, sehingga memberikan manfaat sebenar kepada rakyat kedua-dua negara di samping memberikan sumbangan yang penting bagi kedamaian dan kestabilan serantau. Menurutnya, persahabatan tetangga tetap merupakan arah perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Xi menyatakan bahawa hubungan China-Filipina kini berada dalam tahap baharu. Kedua-dua negara seharusnya meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengintensifkan persefahaman dan kepercayaan, dan memastikan hubungan dua hala berkembang ke arah yang betul.

Beliau menegaskan, China dan Filipina patut menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran China dengan strategi pembangunan Filipina, memperkasakan dan memperluas kerjasama pragmatik dalam pembinaan prasarana, pertanian, pelaburan dan sebagainya.

Duterte pula berkata, hubungan antara Filipina dengan China amat penting. Filipina menganggap China sebagai sahabat ikhlas. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang serta menangai isu maritim melalui cara bilateral berdasarkan kata sepakat yang sedia dicapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China