Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Masih Perlukah Kedai Buku?"
2011-12-13 15:03:23 CRI Cetak

Kedai Buku "O2 Sun" sedang berada pada pinggir bankrap. Dua buah cewangannya yang terletak di Beijing dan Xiamen telah tutup. Walaupun Kedai Buku "O2 Sun" pada suatu masa dahulu menjadi contoh dan teladan kepada kedai buku persendirian yang lain disebabkan kehebatan pengasasnya Sun Chi dalam berurus niaga, namun nampaknya Kedai Buku "O2 Sun" masih gagal mengelakkan diri daripada ditutup.

Sebenarnya ini situasi yang dihadapi kedai buku sekarang, iaitu kalah dalam persaingan sengit terutamanya dengan kedai buku internet, masalah modal (kebanyakan disebabkan kos penyewaan kedai dan sumber tenaga manusia) dan diskriminasi dari segi dasar. Ada pendapat berbunyi bahawa "seiring dengan kejayaan kedai buku internet menarik perhatian pembaca, yang akan pupus dalam kehidupan kita bukan sahaja kedai-kedai buku, malah juga sikap dan gaya hidup."

Adakah kedai-kedai buku tidak lagi diperlukan pada zaman kecanggihan teknologi maklumat sekarang? Adakah buku yang dicetak akan kehilangan tempat dalam hidup kita akibat kepopularan e-buku?

Bagaimana keadaannya di tempat anda sendiri? Anda dialu-alukan berkongsi pandangan anda dalam hal ini dalam ruangan Suara Sutera pada 21 dan 28 Disember nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China