Bagaimana menangani lebihan makanan selepas menjamu selera di restoran? Adakah membiarnya dibuang atau membungkus dan membawanya pulang untuk dimakan nanti? Sejak kecil lagi, kita telah diajar supaya menghargai makanan. Namun pada hakikatnya, pembaziran makanan berlaku di mana-mana sahaja sekarang ini.
Menurut statistik tahun 2010, jumlah orang dalam kebuluran di seluruh dunia mencatat 925 juta orang, dan hampir 5.6 juta kanak-kanak mati akibat kebuluran dan kurang pemakanan pada setiap tahun. Angka-angka tersebut mengingatkan kita supaya lebih cekap menangani krisis kekurangan bahan makanan, menghargai setiap butir nasi dan mengamalkan tabiat berjimat cermat.
Kini, kempen "adab meja makan" telah dilaksanakan secara besar-besaran di pelbagai tempat di China. Masyarakat diseru dan digalakkan supaya tidak membazir makanan dan membungkus lebihan makanan setelah makan di restoran. Pelanggan yang membungkus lebihan makanan akan diberikan kupon diskaun yang boleh diguna pakai untuk hidangan yang seterusnya.
Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 30 Januari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn