Cari:
Masalah Dalam Mengambil Anak Angkat
2013-01-29 10:37:04 CRI Cetak

Menurut statistik Kementerian Hal Ehwal Awam China, setakat ini anak-anak yang tiada ibu bapa di China telah mencatat 615 ribu orang. Angka ini selalu berubah kerana di samping anak yatim diambil sebagai anak angkat, terdapat pula anak yang dibuang atau kehilangan ibu bapa. Angka tersebut sebenarnya mencerminkan jumlah anak yatim yang diketahui oleh badan-badan berkenaan kerajaan dan yang telah berdaftar dalam sistem hal ehwal awam negara China. Jumlah sebenar anak yatim dijangka jauh melebihi angka yang diumumkan itu.

Pada 4 Januari lalu, 7 orang anak yatim piatu yang kurang sifat terkorban dalam kebakaran di provinsi Henan China. Mereka di bawah jagaan Puan Yuan Lihai, yang mempunyai reputasi sebagai "ibu yang baik hati". Puan Yuan telah mengangkat dan menjaga seramai hampir 100 orang anak yatim sejak lebih 20 tahun yang lalu. Namun disebabkan kemudahan dan keadaan penginapan mereka tidak terjamin ekoran kemampuan ekonomi Puan Yuan amat terhad, terjadinya tragedi tersebut.

Ada pihak yang mengkritik Puan Yuan kerana menganggap beliau tidak layak mengambil anak angkat dan perlu bertanggungjawab atas kematian 7 orang anak yatim tersebut. Tetapi lebih ramai orang berpendapat Puan Yuan juga mangsa tragedi tersebut, dan perbuatan Puan Yuan yang mengangkat dan menjaga anak yatim piatu merupakan tingkah laku yang sungguh mulia. Usaha kebajikan sosial memerlukan sokongan dan penyertaan lebih ramai anggota masyarakat.

Sistem jaminan kanak-kanak di China masih belum sempurna. Antaranya, cabaran dalam isu melibatkan anak-anak yatim amat besar. Syarat-syarat yang ditetapkan bagi pengambilan anak angkat terlalu ketat sehingga orang yang sudi dan mampu mengambil anak angkat semakin berkurang. Setelah isu anak yatim menjadi topik hangat masyarakat China pada masa kini, pihak kerajaan didesak supaya mengambil langkah yang berkesan untuk memberikan anak yatim masa depan yang lebih cerah.

Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 6 Februari 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China