Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

Memang sukar untuk menemui pemandangan jelek di kota Beijing yang mempunyai penduduk mencecah 28 juta orang, iaitu hampir menyamai keseluruhan penduduk Malaysia. Rata-rata penduduknya tinggal di kawasan perumahan moden yang bersih dan terjaga. Mereka juga dibekalkan dengan kemudahan prasarana yang baik. Jadi, walaupun mereka tinggal di rumah pencakar langit, namun kemudahan yang disediakan dari pandangan mata kasar adalah memuaskan. Walau bagaimanapun, soal kehidupan bandar yang menjanjikan taraf hidup yang baik dan selesa tidak semestinya dinikmati oleh semua pihak. Terdapat juga segelintir ahli masyarakatnya yang masih hidup dalam kemiskinan dan kedaifan. Mereka tinggal di kawasan pinggir bandar yangmana taraf hidupnya lebih rendah.


1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China