Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

(Tandas Awam di Pekan Dongsheng)

Selain daripada itu, kemudahan sekolah yang formal juga tidak terdapat di kawasan ini. Sistem persekolahan di China agak berbeza antara satu provinsi dengan provinsi yang lain. Malahan kos persekolahan di Beijing pula amat mahal sekali. Bagi golongan pendatang atau `penghijrah' ini sememangnya tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah yang formal di Beijing. Justeru, ramai anak-anak dari kawasan ini yang tidak mendapat pendidikan formal yang sempurna. Terdapat sebuah sekolah yang dibina oleh sebuah syarikat di kawasan pekan ini, iaitu Syarikat Jin Hai He. Ianya amat terbatas dari segi bilangan bilik darjah, kemudahan dan kakitangan yang mengajarnya. Namun, seperti perumpamaan Melayu mengatakan bahawa `tiada akar rotanpun berguna'. Jadi di sinilah kebanyakan penduduk menghantar anak-anak mereka bersekolah dengan kos yang amat minimum. Kebanyakan gurunya adalah `sukarelawan' dalam kalangan penduduk sendiri ataupun pelajar universiti yang sedang bercuti.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China