Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

Mereka memasak menggunakan kaedah lama (tradisional), iaitu dapur batu yang menggunakan bahan api daripada arang batu yang dibakar secara ketul-ketulan. Bahan api seumpama ini murah dan tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi. Ini juga menggambarkan gaya hidup golongan miskin bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah. Bahan api atau arang batu ini banyak terdapat dijual sekitar kawasan kediaman mereka, iaitu di tepi-tepi jalan ataupun di atas lori yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat sesetengah keluarga miskin ini menjadikan ruang belakang rumah sebagai tempat memasak dan kegiatan aktiviti dapur mereka seharian. Ini kerana ruang dapur yang ada sangat sesak dan sempit menyebabkan kegiatan masak memasak terpaksa dilakukan di luar rumah (belakang rumah).

(Dapur Memasak)

(Timbunan arang batu sebagai bahan api)

Timbul persoalan, siapakah mereka ini? Adakah mereka ini penduduk asal Beijing atau orang yang berasal dari luar Beijing. Jawapan kepada persoalan ini terjawab bilamana temu ramah secara rambang terhadap penduduk di kawasan ini mengatakan bahawa mereka kebanyakannya adalah penduduk atau keluarga yang datang dari berbagai provinsi luar Kota Beijing. Mereka berhijrah ke Beijing bersama-sama anak isteri untuk mencari kehidupan yang lebih baik berbanding di kampung halaman mereka di luar bandar. Mereka terpaksa membawa keluarga bersama bagi mengurangkan kos dan juga kerana ketiadaan orang untuk menjaga keluarga di kampung. Kajian mendapati bahawa mereka adalah terdiri daripada pekerja sektor pertanian (agriculture workers) luar bandar yang berkelulusan rendah atau tiada kelulusan langsung. Mereka merupakan pekerja pertanian yang tidak berkemahiran (unskill workers) dari kawasan luar bandar yang rata-rata merupakan petani atau mereka yang terlibat dengan sektor pertanian termasuklah penternakan dan sebagainya. Justeru, berlakunya migrasi ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Ini disebut sebagai migrasi bandar (urban migration), iaitu fenomena biasa yang berlaku di seluruh dunia khususnya di Negara Sedang Membangun, malahan di negara-negara Eropah juga mengalami keadaan yang sama seumpama ini. Konsep migrasi ini melibatkan perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar dan juga dalam masa yang sama berlakunya konsep migrasi sumber manusia atau perpindahan pekerja sektor pertanian ke sektor industry. Migrasi secara fizikal ini turut juga membawa corak dan gaya hidup `masyarakat luar bandar' ke kawasan bandar, iaitu satu konsep yang dikenali sebagai `urbanisasi' bandar. Urbanisasi merupakan gaya hidup golongan miskin di kawasan bandar bagi menyesuaikan kehidupan mereka dengan kos sara hidup yang tinggi. Ini digambarkan dengan fenomena kehidupan di rumah-rumah yang usang, sempit dan bersesak-sesak dan mengamalkan pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Mereka bekerja di sektor tak formal di bandar (penjaja kakilima, peniaga kecil-kecilan) yangmana sector ini mampu menyerap mereka yang tidak mempunyai kelulusan akademik atau kemahiran tinggi. Justeru, kajian mendapati inilah fenomena yang wujud di kawasan Zhufang Xi ini yangmana penduduk miskin di rumah panjang terpaksa bekerja sendiri atau menjalankan kegiatan perniagaan secara kecil-kecilan. Kalaupun mereka mendapat pekerjaan hanyalah sebagai pekerja am atau buruh sambilan yang rendah pendapatannya. Dengan itu mereka terpaksalah tinggal di kawasan yang agak jauh sedikit daripada Kota Beijing yang sudah tentu tinggi kos hidupnya, sebaliknya hanya mampu tinggal di rumah yang kecil dan bersesak-sesak di pinggir bandar.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China