Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

Tidak jauh daripada petempatan rumah panjang ini terdapatnya Pekan Dongsheng yang merupakan pecan kecil bagi golongan miskin di kawasan ini. Pekan ini menempatkan lebih ramai `pendatang' dari pelbagai provinsi. Mereka tinggal di rumah-rumah kedai yang juga kecil, usang dan bersesak-sesak. Kehidupan mereka ditampung berbagai kegiatan perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi seperti menjahit, membaiki basikal, menjual ayam dan sebagainya. Jalannya sempit dan tidak berturap dengan baik. Aktiviti perniagaan kakilima amat pesat sekali dan memenuhi kakilima-kakilima sepanjang jalan. Kereta teksi `tanpa permit (haram)' juga banyak terdapat di kawasan ini. Semua fenomena ini adalah gambaran yang sering disebutkan tadi sebagai kegiatan ekonomi tak formal, iaitu perniagaan berskala kecil dan diusahakan secara tradisional di kawasan bandar. Kegiatan ekonomi tak formal sememangnya menjadi satu keperluan bagi golongan `penghijrah' ini. Kegiatan ekonomi ini tidak memerlukan peralatan canggih atau kos yang tinggi. Tempat kegiatan juga tidak memerlukan kos yang mahal keranaa tidak tetap dan sering berpindah randah. Inilah ciri-ciri kegiatan ekonomi tak formal yang biasanya dijalankan oleh golongan miskin bandar. Fenomena ini tidak hanya wujud di Kota Beijing tetapi juga berlaku di mana-mana negara di dunia. Justeru, Pekan Dongsheng ini amat penting bagi penghijrah yang datang ke Beijing dan merupakan tapak bagi membina kehidupan mereka di kawasan bandar. Mungkin agaknya terdapat lebih banyak lagi kawasan seperti Pekan Dongsheng ini di sekitar Beijing.

(Pekan Dongsheng)

(Antara Kegiatan Ekonomi di Pekan Dongsheng)


1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China