Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

Satu kajian (tinjauan) telah dilakukan baru-baru ini di kawasan Zhufang Xi, yang terletak di Utara Beijing. Tinjauan seharian ke kawasan ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya golongan miskin bandar yang menjalani kehidupan mereka tersendiri dalam arus kesibukan kota. Mereka tinggal di kawasan tanah yang sempit kepunyaan pihak-pihak tertentu. Lalu didirikan rumah panjang yang dibahagikan kepada unit-unit yang kecil sebagai rumah kediaman mereka. Saiz rumah yang kecil dan bersesak-sesak adalah gambaran kehidupan miskin yang mereka alami. Keadaan di sekeliling kawasan terutama di depan rumah mereka penuh sesak dengan timbunan barangan lama yang terdiri daripada besi-besi buruk dan barangan terpakai yang ingin dikitar semula. Ini menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi mereka adalah juga berkait rapat dengan barangan lama dan terpakai berkenaan. Mereka menjadikan barangan itu sebagai sebahagian daripada kegiatan ekonomi dan punca pencarian hidup mereka seharian. Selain itu, mereka juga mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai penjaja jalanan yang menjual makanan ringan, menjual buah-buahan, permainan kanak-kanak dan sebagainya.

(Rumah Panjang di Zhufang Xi)

Pemerhatian terhadap keadaan dalam rumah mereka sangatlah sempit. Dengan hanya mempunyai satu bilik yang diperbuat daripada kain atau papan nipis, dapur yang kecil dan ruang rehat yang amat terbatas. Di sinilah mereka tinggal sekeluarga. Keadaan dalam rumah begitu sesak sekali dan dipenuhi dengan berbagai barangan keperluan dan juga barangan untuk kegiatan ekonomi seharian.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China