Cari:
Kehidupan Golongan Miskin Bandar di Beijing
2013-04-17 14:08:30 CRI Cetak

Satu gambaran yang cukup menarik tentang kedudukan dan lokasi Pekan Dongsheng ini adalah apa yang disebutkan sebagai `fenomena dua benua' atau `fenomena dua alam'. Fenomena ini dapat dilihat secara perbandingan antara Pekan Dongsheng dengan bangunan baru yang besar dan tersergam indah di sekeliling pecan ini. Pekan ini menggambarkan masyarakat tradisional bandar yang masih banyak ketinggalan dalam aspek kehidupan mereka. Mereka masih mengamalkan corak kehidupan tradisional dan berpendapatan rendah. Manakala bangunan di sekeliling atau di belakang mereka pula adalah gambaran dunia korporat dan kapitalis moden yang berpendapatan tinggi. Gambaran `dua dunia' dalam satu wacana ini memberikan natijah bahawa dalam dunia ini sentiasa wujudnya masyarakat yang tinggi rendah taraf hidupnya sebagaimana digambarkan perbezaan saiz dan ketinggian bangunan yang dimiliki oleh kedua-dua darjat kehidupan ini. Walaupun tumbuh di tempat yang sama namun berbeza kedudukannya.

Satu pemandangan biasa di kawasan perumahan golongan miskin di Pekan Dongsheng ini adalah hampir setiap buah rumah kediaman `tidak mempunyai tandas' secara persendirian atau tidak mempunyai tandas mereka sendiri Mungkin untuk menjimatkan ruang dan kos. Lalu mereka membina tandas awam sebagai alternatif bagi menjimatkan penggunaan ruang dan kos penyelenggaraannya.. Tandas ini dibina di tepi-tepi jalan utama daripada peruntukan kerajaan ataupun kadangkala daripada sumbangan kejiranan mereka sendiri. Untuk satu bangunan tandas awam tersebut terdapat 5-10 unit bagi lelaki dan 5-10 unit lagi untuk wanita. Bilangan tandas awam ini tidaklah begitu banyak, namun mencukupi untuk kemudahan penduduk di kawasan ini.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China