Cari:
Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu
2013-10-08 12:35:57 CRI Cetak

Jarang kedengaran perjuangan memartabatkan bahasa suatu bangsa diusahakan dengan gigihnya oleh orang yang bukannya dari kalangan bangsa itu sendiri. Lebih-lebih lagi oleh orang asing yang hanya mengenali bahasa itu dari kejauhan. Namun, inilah hakikatnya yang berlaku terhadap seorang pejuang bahasa Melayu yang begitu gigih, watan China yang telah mengabdikan dirinya bagi memperkenal dan mengembangkan bahasa Melayu di Negara Tembok Besar China. Perjuangan gigihnya selama lebih lima dekad telah menghasilkan ratusan graduan bahasa Melayu dari institusi pengajian tinggi di negara ini. Pengajaran bahasa Melayu kini telah meluas ke beberapa IPT termasuklah Beijing Foreign Studies University (BFSU), Yunan University for Nationalities, Kunming; Communication University of China (CUC), Beijing; dan Guangzi University for Nationalities, Nanning. Inilah bukti kegigihan seorang pejuang bahasa Melayu, yang melakar impian untuk menyaksikan bahasa Melayu bertapak dan tumbuh mekar di negara China ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Profesor Wu Zong Yu.

Wu Zong Yu dilahir di Shanghai China pada tahun 1939. Beliau yang mesra dengan panggilan Prof. Wu merupakan Pengarah Pusat Pengajian Melayu China di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), Republik Rakyat China. Mula mempelajari bahasa Indonesia di Universiti Peking pada tahun 1956 ketika berumur 17 tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dalam Jurusan bahasa Indonesia pada tahun 1961 ketika itu beliau berusia 22 tahun.

Pada tahun 1961 juga Prof. Wu telah diberi tugas baru untuk menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), iaitu dengan menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu (loghat Melayu Malaysia) yang pertama di negara China. Dalam keadaan yang amat susah di peringkat awal, misalnya kekurangan buku dan tenaga pengajar, Prof. Wu seorang diri sahaja telah berusaha menyusun bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Universiti ini juga telah mula menerima pendaftaran pelajar jurusan Bahasa Melayu angkatan pertama di China pada tahun 1962. Sejak itu beliau telah menceburkan diri dalam usaha pengembangan bahasa Melayu di China selama lebih 50 tahun sehingga kini.

Prof Wu bersama staf akademik terawal pada tahun 1961

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China