Cari:
Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu
2013-10-08 12:35:57 CRI Cetak

Pada tahun 1997, Prof. Wu juga telah berusaha untuk menubuhkan Pusat Pengajaran Melayu China di BFSU. Usaha beliau ini telah mendapat sokongan kuat daripada kerajaan kedua-dua buah negara China dan Malaysia. Pada ketika itu, Encik Zhu Kaixuan, Menteri Pendidikan China dan Dato' Seri Mohd. Najib, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu bersama-sama merasmikan upacara penubuhan pusat tersebut. Dalam pertemuan Menteri China dengan Malaysia itu, usaha Prof. Wu telah dipuji oleh Dato' Seri Mohd. Najib bahawa Prof. Wu adalah "duta besar dalam kalangan rakyat"

Untuk memperkenalkan Tun Mahathir kepada rakyat China, di bawah sokongan dan dorongan kuat daripada Dato' Majid, Duta Besar Malaysia ke China, Prof. Wu telah berusaha menyusun para sarjana China untuk menterjemahkan ceramah dan ucapan Tun Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdan Menteri. Antara yang telah diterbitkan ialah Buku "Pilihan Pidato Dr. Mahathir" dan terbitan buku ini juga telah dirasmikan sendiri oleh Dato' Seri Hamid, Menteri Luar Malaysia di BFSU pada tahun 1999.

Prof. Wu bersama Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pada Mei 2004, Prof. Wu telah berjaya mengadakan Seminar Persahabatan China Malaysia. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Badawi sendiri telah mengetuai satu rombongan besar termasuk 9 orang Menteri dan 3 orang Ketua Menteri datang ke BFSU untuk merasmikan seminar tersebut. Dalam upacara perasmian tersebut, Prof. Wu telah dianugerahi gelaran Tokoh Persahabatan Malaysia-China.

Dato' Seri Abdullah Badawi menyampaikan kepada Prof Wu anugerah Tokoh Persahabatan Malaysia-China 2004

Prof. Wu menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Malaysia di BFSU tahun 2004

Di bawah aktiviti Prof. Wu, pada tahun 2005 Dato' Seri Najib telah datang ke BFSU untuk merasmikan penubuhan Pusat Pengajian Melayu China (PPMC) dan dengan kejayaan aktiviti murni Prof. Wu di sini, Dato' Seri Najib telah bersetuju menjadi Penaung PPMC. Kemuncak kejayaan Wu dalam pengembangan pengajian Melayu di China juga ialah dengan penubuhan Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China, iaitu Kursi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di BFSU, sebagai pangkalan pengembangan pengajian Melayu di China.

Dato Seri Mohd Najid merasmikan penubuhan PPMC pada tahun 2005

Bersama-sama Penyandang Pertama Kursi itu, Prof. Dr. Awang Sariyan, Prof. Wu meningkatkan gerakan mengembangkan pengajian Melayu di China. Antaranya termasuklah peluasan bidang ilmiah untuk ijazah sarjana muda pengajian Melayu, pembukaan kursus Ijazah Sarjana Pengajian Melayu, Siri Syarahan dan kuliah intensif di beberapa buah universiti lain di China yang mempunyai program pengajian Melayu-Indonesia, dan membantu penubuhan program tersebut di beberapa buah universiti yang hendak memulakannya, seperti di Universiti Bangsa-bangsa Guangxi di Nanning dan Universiti Bangsa-bangsa Yunnan di Kunming.

Di bawah kegiatan Wu, pada tahun 2009 BFSU telah menganugerahkan Doktor Kehormat kepada Dato' Seri Najib dan pada masa yang sama merasmikan Persidangan Melayu Beijing 2009 yang disertai oleh 200 orang pemakalah dan peserta dari Malaysia, Singapura, Brunai Darulssalam, Thailand, Korea dan Rusia. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dalam usaha untuk membantu pelajar China mendalami pengetahuan mengenai Malaysia, Prof. Wu juga telah lima kali membawa rombongan pelajar China untuk melawat ke Malaysia. Sekarang ramai antara mereka telah bekerja di pelbagai sektor seperti di Kementerian Luar China, Kementerian Kebudayaan China, News Xinhua, Radio Beijing dan lain-lainnya. Prof. Wu yakin bahawa mereka masing-masing turut sama memainkan peranan penting dalam usaha mendorong kemajuan hubungan muhibah antara China dengan Malaysia.

Antara kegiatan utama beliau dalam mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama dalam bidang ilmiah dengan dunia Melayu, khususnya Pengajian Melayu termasuklah:

1. Pada 20-24 Mei tahun 1996, Wu telah menjadi Pengerusi Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing di BFSU.

2. Pada Jun 2000 Wu telah bekerjasama dengan DBP Malaysia dan menjadi Pengerusi Seminar Perbandingan Sastera China-Melayu di BFSU.

3. Pada 30-31 Ogos 2001, Prof. Wu bekerjasama dengan Universiti Brunei Darussalam dan menjadi Pengerusi Seminar Hubungan China-Brunai di Beijing.

4. Pada tahun 2004 Wu telah menjadi Pengerusi Seminar Persahabatan China-Malaysia di BFSU.

5. Pada tahun 2005 Wu telah menjadi Pengerusi Seminar Antarabangsa Pemikiran dan Budaya China-Melayu di BFSU.

6. Pada tahun 2009 Wu telah menjadi Pengerusi Seminar Antarabangsa untuk memperingati ulang tahun ke-35 penubuhan hubungan diplomatik China-Malaysia.

Prof. Wu menyampaikan pembentangan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka di China pada tahun 2004

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China