Cari:
Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu
2013-10-08 12:35:57 CRI Cetak

Atas jasa baktinya dalam bidang ilmiah, khususnya dalam bidang pengembangan bahasa dan pengajian Melayu di negara China dan menubuhkan Institut Kong Zi (Confusius Institute) untuk pengajaran bahasa Mandarin di Universiti Malaya pada bulan Julai 2009. Universiti Malaya telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada beliau pada Majlis Konvokesyen pada 3 Oktober 2011. Semoga usaha beliau dapat disambung oleh anak didiknya, khususnya untuk menemui jalinan persefahaman antara dua tamadun besar iaitu tamadun Melayu dan tamadun China.

Anugerah Doktor Kehormat Universiti Malaya

Prof Wu menerima Anugerah Doktor Kehormat UM 2011

Kini pada usianya 74 tahun, beliau masih terus bersemangat, konsisten dan gigih meneruskan lagi usaha-usaha tersebut. Berdasarkan kepada anugerah yang diterima di peringkat serantau dan antarabangsa, terbukti beliau telah mendapat pengiktirafan dan sanjungan terhadap sumbangan kesarjanaannya. Kepakaran beliau ini sangat terserlah dan sentiasa menjadi rujukan pelbagai pihak. Selayaknya beliau diiktiraf sebagai Duta Ilmiah dan Duta Rakyat dalam menjalinkan hubungan akrab antara dua buah negara. Justeru itu, adalah wajar beliau dijadikan sumber inspirasi dan ikon kepada para pendidik muda dan para pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan di bidang pengajian masing-masing.

Gambar terbaru Prof Wu Zong Yu ketika berucap di Kedutaan Besar Malaysia di China, 2012

Akhir kalam, tiada kata-kata yang dapat dilafazkan bagi menggambarkan pujian dan penghargaan terhadap tokoh pejuang bahasa Melayu ini. Sewajarnyalah beliau digelar `LAKSAMANA CHENG HO KE-2' atas usaha gigih menemukan dua budaya dalam satu wadah bahasa. Beliau juga selayaknya diangkat sebagai `LAKSAMANA BAHASA MELAYU' kerana keperkasaannya membawa bahasa Melayu mekar di bumi Tembok Besar China. Dengan ilham dan keringatnya yang tidak pernah mengenal erti lelah, terus membajai budaya dan bahasa Melayu di negara Cheng Ho ini. Itulah semangat kental seorang pejuang yang sering mengungkapkan kata `tak kenal maka tidak cinta'. Agaknya, ungkapan hikmat itulah yang telah mengikat kasih sayangnya pada bahasa Melayu setelah ditemukan cintanya pada bahasa ini sekian lama. Justeru, meskipun dirinya makin digigit usia, namun perjuangannya tidak pernah padam dan terus bersemarak bagi memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Apalah lagi yang dapat diungkapkan, selain hamburan kata seumpama GURINDAM DUA BELAS oleh pujangga Melayu RAJA ALI HAJI.

GURINDAM PASAL YANG KELIMA

Jika hendak mengenal orang berbangsa

Lihatlah kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia

Sangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang yang mulia

Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu

Bertanya dan belajar tidaklah jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal

Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai

Lihatlah pada ketika bercampur dengan orang ramai.


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China