Cari:
Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu
2013-10-08 12:35:57 CRI Cetak

Pada tahun 90an, abad ke-20 hubungan China dengan Malaysia semakin akrab dan baik. Prof. Wu juga telah berusaha bagi mendorong penjalinan hubungan GAPENA dengan Lembaga Persahabatan Rakyat China Dengan Luar Negara. Tan Sri Dato' Profesor Emeritius Dr. Ismail bin Hussein, Ketua Satu GAPENA pernah memberikan penilaian kepada Prof. Wu sebagai berikut: "Dari zaman negara China yang agak tertutup, beliaulah merupakan jendela dan pintunya bagi kita. Sebagai seorang intelektual yang cukup terbuka dan jujur, serta sangat sederhana gaya hidupnya, beliau menjadi salah satu lambang mempelopori China baru sebenarnya".

Prof Wu bersama Keris Mas dan Dato Noor Azam pada satu Majlis Makan Malam di Malaysia 1989.

Prof. Wu bersama Dato' Usman Awang dalam siri lawatannya di Malaysia pada tahun 1993

Dalam mendorong kemajuan hubungan China-Malaysia, Prof. Wu berpendapat bahawa untuk merapatkan hubungan kedua-dua buah negara itu, kita mestilah menumpukan perhatian untuk merapatkan hubungan negara dengan masyarakat Melayu Malaysia. Untuk menjalinkan hubungan perniagaan China dan masyarakat Melayu Malaysia, Prof. Wu pernah dilantik sebagai Penasihat bagi Persatuan Peniaga Melayu Melaka dan pernah dua kali membawa mereka melawat China untuk mencari peluang perdagangan dengan China.

Prof. Wu menerima kunjungan hormat penulis dan sasterawan Malaysia (Dato' Noor Azam, Dato' Usman Awang, Prof. Shanon Ahmad,) bersama Chao Yu sasterawan termashyur China pada tahun 1988

Untuk mengembangkan pengaruh budaya Melayu di negara China, Prof. Wu telah berusaha untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing pada tahun 1996 di BFSU dan persidangan ini telah mencapai hasil gemilang. Seramai lebih seratus orang sarjana Melayu dari Malaysia dan 13 buah negara lain telah hadir sebagai pembentang kertas kerja. Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu sendiri datang untuk merasmikan persidangan tersebut bersama Duta Besar Malaysia.

Kunjugan hormat Dato Seri Najib ke China bersama Li Pheng, Perdana Menteri China pada tahun 1996. (Prof. Wu duduk di tengah menjadi jurubahasa)

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China