Cari:
Melakar Impian Pejuang Bahasa Melayu China - Profesor Wu Zong Yu
2013-10-08 12:35:57 CRI Cetak

Antara buku-buku yang telah diterbitkan ialah :

1. Buku Pilihan Pidato Dr. Mahathir (Mandarin).

2. Buku Cerita Rakyat Malaysia Yang Terpilih (Mandarin).

3. Kajian Terhadap Kamus Melayu yang Terawal-Ma La Ka Yi Yu (Bahasa Melayu).

4. Buku Teks Pelajaran Bahasa Melayu untuk Pelajar China.

5. Lagu Persahabatan China-Malaysia (terjemahan karya Dato' Usman Awang dan Chen Haosu).

6. Buku Bergambar Persahabatan China-Malaysia (Inggeris, Melayu, Mandarin).

7. Brunei Dalam Sejarah China (Bahasa Melayu, Mandarin Kuno dan Mandarin Moden).

Koleksi buku Prof. Wu yang diterbitkan dengan kerjasama Malaysia-China

Kertas Kerja yang telah dibentangkan:

1. Sejarah Persahabatan China-Malaysia (Mandarin).

2. Keturunan China di Malaysia (Mandarin).

3. Pengajian Bahasa Melayu Tanpa Situasi Komuniti Bahasa (Bahasa Melayu).

4. Raja Brunai Dalam Sejarah China (Bahasa Melayu).

5. Pendidikan Moral Tradisional di Negeri China (Bahasa Melayu).

6. Perbandingan Sastera China dengan Melayu: Kesusasteraan berkhidmat untuk Siapa (Bahasa Melayu).

7. Kekal Abadi Persahabatan China-Brunei (Bahasa Melayu).

Dalam bidang akademik, Prof.Wu mempunyai pengalaman dan kepakaran yang mendalam bagi pengajaran bahasa Melayu selama lebih 50 tahun. Dari perkembangan kerjaya awal beliau yang bermula sebagai Pensyarah di BFSU, Prof Wu kemudiannya telah dilantik menjadi Profesor Madya pada tahun 1985 dan kemudiannya beliau dilantik menjadi Profesor penuh pada tahun 1995. Usaha-usaha kesarjanaan dan sumbangan bakti beliau mengembangkan pengajian Melayu di negara China ini juga telah mencecah tempoh 50 tahun.

Pada Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyidin Mohd. Yassin di Melaka pada 13 Oktober 2011 lalu bukan sahaja menyaksikan ketekalan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat negara, bahkan turut membuka lembaran sejarah yang penting mengenai perkembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Pengurniaan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Melayu Antarabangsa kepada Prof. Wu Zong Yu dalam majlis itu menandai pengiktirafan kerajaan Malaysia kepada usaha menobatkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa.

Prof. Wu menerima Anugerah Tokoh Pejuang BM Antarabangsan daripada Timbalan Perdana Menteri, di Melaka 2011.

Dalam bidang pendidikan, usaha Prof. Wu menjalin kerjasama amat ketara. Di dalam usaha membantu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), ketika itu dikenali (Institut Teknologi Mara) untuk mendalami dan mempelajari bahasa Mandarin, Prof. Wu telah berusaha supaya BFSU menghantar guru Mandarin ke UiTM pada tahun 1990-an. Perkembangan paling pesat berlaku pada tahun 2007 apabila usaha beliau sejak sekian lama membuahkan hasil apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu mula menghantar 10 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti ijazah pertama pengajian Mandarin sebagai persiapan menjadi guru Mandarin yang terlatih.

Jumlah itu kemudiannya meningkat pada tahun berikutnya dengan penghantaran lebih ramai lagi pelajar. Selain Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menyertai program tersebut sehingga pada tahun 2009, telah mendapat 119 orang pelajar Malaysia di BFSU, iaitu 84 orang pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan 35 pelajar tajaan MARA yang dilatih selama lima tahun untuk menjadi guru Mandarin di sekolah di Malaysia. Pada tahun 2011, jumlah itu telah meningkat melebihi 200 orang.

Hari ini, atas inisiatif dan usaha gigihnya, selain penubuhan Kursi Pengajian Melayu di BFSU yang mengarah kepada peningkatan program ilmiah, termasuklah peringkat pascasiswazah, bahasa Melayu versi Malaysia turut ditawarkan di tujuh buah universti di Negara itu. Ketuju-tujuh universiti tersebut ialah Universiti Komunikasi China, Universiti Peking, Universiti Pengajian Asing Guandong, Universiti Bangsa-bangsa Guangxi, Universiti Bangsa-bangsa Yunnan, Universiti Pengajian Asing, Perdagangan Luar Guandong di Guangzhou dan Akademik Tentera di Louyang, wilayah Henan.

Prof Wu bersama pelajar jurusan Bahasa Melayu di Universiti Guang Zi, China

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China