BAHAGIAN II: PELAN INDUK PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI PADA 2018
Sasaran pembangunan utama pada tahun ini ialah: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kira-kira 6.5%, peningkatan indeks harga pengguna (IHP) pada kadar kira-kira 3%, menawarkan lebih 11 juta peluang pekerjaan baharu di bandar dan pekan, kadar pengangguran berdaftar di bandar dan pekan dikawal di bawah 4.5%, peningkatan pendapatan penduduk selaras dengan pertumbuhan ekonomi nasional, import dan eksport berkembang dengan stabil dan semakin baik, pembayaran antarabangsa kian seimbang, penggunaan sumber tenaga bagi unit KDNK menurun lebih 3%, jumlah pelepasan bahan pencemaran utama terus menurun, pembaharuan struktur bagi pihak pembekalan mencapai kemajuan yang besar, nisbah leveraj (leverage ratio) makro kekal pada tahap yang stabil, dan pelbagai risiko dicegah dan dikawal dengan berkesan.
China akan terus membaharui dan menyempurnakan kawalan makro, memelihara keberterusan dan kestabilan dasar makro, meningkatkan penyelarasan dasar fiskal dan kewangan, industri dan pelbagai kawasan.
Mengekalkan dasar kewangan yang proaktif. Mengoptimumkan struktur pembayaran kewangan, mengutamakan pembayaran kewangan dalam bidang yang berkait rapat dengan kesejahteraan orang awam, dan bermanfaat kepada seluruh masyarakat. Meningkatkan sokongan kepada tiga tugas utama, dan lebih tertumpu kepada penjanaan berdasarkan inovasi, dan usaha melibatkan pertanian, kawasan luar bandar dan kaum tani, serta kehidupan rakyat.
Dasar kewangan yang berhemat dilaksanakan dengan sederhana. Memandu dana lebih banyak dilaburkan kepada syarikat kecil dan mikro, bidang melibatkan pertanian, kawasan luar bandar, serta kawasan miskin. Selain itu, berkhidmat kepada ekonomi sebenar dengan lebih baik.
Untuk menjayakan misi pada tahun ini, kita perlu berpegang pada pemikiran ekonomi Xi Jinping mengenai sosialisme bercirikan China pada era baharu, berusaha mencapai kemajuan di samping memelihara kestabilan. Tindakannya termasuk: pertama, giat menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi. Menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan masalah dalam pembangunan yang kurang seimbang dan sempurna, kekal mengutamakan kualiti dan keberkesanan, mengoptimumkan dan menaiktarafkan struktur ekonomi. Mematuhi hukum ekonomi dan memastikan ekonomi beroperasi dalam lingkungan yang rasional. Kedua, meningkatkan tahap pembaharuan dan pintu terbuka. Mendinamikkan daya inovasi dalam kalangan rakyat dan menggalakkan rakyat berani menjalankan inovasi menurut keadaan tempatan masing-masing agar pembaharuan dan pintu terbuka terus ditingkatkan. Ketiga, memperkasakan tiga tugas utama bagi mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh. Memastikan risiko dapat dikawal dengan berkesan, memangkin usaha pembasmian kemiskinan dengan menyeluruh, memperbaiki kualiti ekologi alam sekitar dengan menyeluruh. Mengekalkan pemikiran pembangunan yang mengutamakan rakyat. Berusaha sedaya-upaya menangani masalah yang paling diberikan perhatian rakyat satu demi satu, berdasarkan situasi negara kita sendiri. Menggalakkan kewujudan kesamarataan dan keadilan masyarakat serta pembangunan insan yang pragmatik supaya kehidupan rakyat semakin baik setahun demi setahun seiring dengan pembangunan negara.