Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan
2018-03-05 10:45:20 CRI Cetak

Pada era baharu ini, kerja kerajaan hendaklah menunjukkan prestasi lebih baik dan membawa kemajuan baharu.

Usaha akan diperhebat untuk menggalakkan pentadbiran berdasarkan perlembagaan dan undang-undang secara menyeluruh; mengetatkan disiplin parti dan meningkatkan pentadbiran yang bersih dan jujur secara menyeluruh; serta meningkatkan keefisienan dan kemampuan kerajaan secara menyeluruh.

"Bagai aur dengan tebing", demikian dapat diumpamakan jalinan rapat China dengan dunia dalam proses pembangunan.

China akan terus menempuh jalan pembangunan secara damai, menggalakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu, aktif menyertai pembaharuan tadbir urus global, dan komited membangunkan ekonomi dunia yang terbuka.

China komited memperkasakan kerjasama dan penyelarasan dengan kuasa besar, mengukuhkan hubungan baik sesama tetangga demi pembangunan bersama, di samping meningkatkan sinergi dengan negara-negara membangun lain.

China akan melakukan yang terbaik bagi menjayakan sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA), Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) serta Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika, di samping terus memainkan peranan sewajarnya dalam isu-isu hangat antarabangsa dan serantau.

China bersedia bersama-sama semua negara demi merealisasikan wawasan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


1  2  3  4  5  6  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China