Laporan Kerja Kerajaan
Dibentangkan dalam Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-13
oleh Perdana Menteri Li Keqiang
5 Mac 2018
Para wakil:
Sekarang saya mewakili Dewan Negara membentangkan kerja kerajaan sepanjang lima tahun lalu dan rancangan kerja tahun ini untuk dibahaskan. Para anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) dipersilakan mengemukakan cadangan.
BAHAGIAN I: MENGIMBAU KEMBALI KERJA KERAJAAN SEPANJANG LIMA TAHUN LALU
Dalam tempoh lima tahun lalu, kekuatan ekonomi China melonjak ke tahap baharu. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bertambah daripada RMB54 trilion kepada RMB82.7 trilion, dengan purata pertumbuhan tahunan 7.1%. Agregat ekonomi China mewakili kira-kira 15% ekonomi dunia berbanding 11.4% sebelum ini, sementara China menyumbang lebih 30% kepada pertumbuhan ekonomi global. Pendapatan kewangan meningkat daripada RMB11.7 trilion kepada RMB17.3 trilion. Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat secara purata 1.9% setahun, kekal pada paras yang rendah. Lebih 66 juta peluang kerja baharu disediakan di bandar dan pekan.
Struktur ekonomi terus dioptimumkan. Kadar sumbangan penggunaan meningkat daripada 54.9% kepada 58.8%. Sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK naik daripada 45.3% kepada 51.6%, menjadikannya penjana utama pertumbuhan ekonomi. Industri pembuatan berlandaskan teknologi tinggi mencatat pertumbuhan secara purata 11.7% setahun, keupayaan pengeluaran bahan makanan mencecah 600 bilion kilogram. Kadar urbanisasi ditingkatkan daripada 52.6% kepada 58.5%, membantu lebih 80 juta penduduk desa menetap di bandar.
Pembangunan dipacu inovasi membuahkan hasil memberangsangkan. Peruntukan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertambah secara 11% setahun, skalanya kedua terbesar di dunia. Sumbangan kemajuan sains dan teknologi meningkat daripada 52.2% kepada 57.5%, dengan lahirnya begitu banyak hasil inovasi termasuk penerbangan angkasa membawa angkasawan, penyelidikan laut dalam, komunikasi kuantum, pesawat penumpang badan lebar dan lain-lain. Jaringan kereta api berkelajuan tinggi (HSR), e-dagang, e-bayar dan ekonomi berkongsi memberi impak besar terhadap dunia. "Internet+" diterapkan dalam pelbagai sektor secara menyeluruh. Skim keusahawanan dan ivonasi dalam kalangan rakyat rancak dilaksanakan. Syarikat baharu yang dibuka di seluruh negara meningkat daripada lebih 5,000 kepada 1,6000 sehari.
Kehidupan rakyat bertambah baik. Kempen membasmi kemiskinan mencapai kemajuan ketara. Lebih 68 juta penduduk keluar daripada belenggu kemiskinan. Kadar kemiskinan menurun daripada 10.2% kepada 3.1%. Pendapatan penduduk meningkat secara purata 7.4% setahun, melebihi pertumbuhan ekonomi negara. Penduduk yang melancong ke luar negara bertambah daripada 83 juta kepada lebih 130 juta. Skim insurans warga emas meliputi lebih 900 juta orang, manakala insurans perubatan asas mencakupi 1.35 bilion orang. Purata jangka hayat rakyat China dijangka mencapai 76.7 tahun.
Persekitaran ekologi beransur-ansur dibaiki. Langkah-langkah kerajaan untuk mencegah dan mengawal pencemaran udara, air dan tanah menampakkan hasil ketara. Penggunaan sumber tenaga bagi seunit KDNK berkurang lebih 20%, pelepasan bahan pencemar utama terus menurun, cuaca yang tercemar teruk di bandar-bandar besar dikurangkan separuh, keluasan hutan bertambah kira-kira 100 juta hektar, sementara penggurunan dikurangkan hampir 2,000 kilometer persegi setahun.
Sepanjang lima tahun lalu, pelbagai keputusan dan strategi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berteraskan Xi Jinping, dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
1, Menitikberatkan inovasi dan menyempurnakan kawalan makro ekonomi. Pertumbuhan ekonomi China kekal pada julat yang munasabah dan semakin stabil.
2, Mengutamakan pembaharuan sistem pembekalan, meneroka penjana baharu dan terus mengoptimumkan struktur ekonomi. Pembaharuan diintensifkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam pembangunan ekonomi, di samping memajukan industri baharu, menaiktarafkan industri tradisional serta meningkatkan kualiti dan keefisienan sistem pembekalan.
3, Merangsang daya inovasi dan kreatif masyarakat selaras dengan strategi pembangunan dipacu inovasi. Suasana kondusif diwujudkan bagi menggalakkan seluruh masyarakat giat melakukan inovasi, sementara konsep inovasi dan kreativiti diterapkan dalam semua sektor.
4, Memperincikan pembaharuan secara menyelruruh, momentum pembangunan semakin kukuh.
5, Mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, komited mewujudkan situasi menang-menang melalui kerjasama, pembangunan ekonomi bersifat terbuka ditingkatkan ketara. China mengemukakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), mempelopori penubuhan Bank Pelaburan Infratruktur Aisa (AIIB) dan menubuhkan Yayasan Jalan Sutera. Beberapa program mega kerjasama kesalinghubungan, ekonomi dan perdagangan mula dilaksanakan. Usaha juga dilakukan untuk menarik tenaga insan. Bilangan pakar asing yang bekerja di China bertambah 40%.
6, Terus melaksanakan strategi pembangunan terselaras pelbagai kawasan serta urbanisasi model baharu, yang menyasarkan struktur pembangunan lebih seimbang dibentuk. Langkah-langkah proaktif dilaksanakan untuk mempercepat pembangunan terselaras Beijing-Tianjin-Hebei dan membangunkan jalur ekonomi Sungai Yangtze. Pelan pembangunan berkenaan beberapa projek penting telahpun disusun dan diperkenalkan.
7, Berpegang pada konsep pembangunan yang mengutamakan rakyat, komited membaiki kesejahteraan rakyat, indeks kepuasan rakyat terus meningkat.
8, Mengutamakan pembangunan harmoni antaran manusia dengan alam sekitar, membaiki tadbir urus alam sekitar, pembangunan tamadun ekologi mencapai kemajuan ketara.
9. Mengekalkan pelaksanaan fungsi kerajaan secara menyeluruh berdasarkan undang-undang, meningkatkan dan membaharui tadbir urus sosial, memelihara keharmonian dan kestabilan masyarakat.