Ketujuh, mempergiat penggunaan dan menggalakkan pelaburan.
Meningkatkan peranan asas penggunaan dalam pembangunan ekonomi. Melanjutkan pelaksanaan dasar keutamaan cukai tentang pembelian kereta tenaga alternatif selama tiga tahun lagi, menarik balik dasar mengehadkan pemindahan kereta terpakai ke bandar atau provinsi yang lain. Menyokong sektor swasta melibatkan diri dalam perkhidmatan sosial seperti perubatan, sara hidup bagi golongan tua, pendidikan, kebudayaan, sukan dan sebagainya. Membina kawasan contoh pelancongan seluruh kawasan, menurunkan harga tiket bagi tapak peranginan utama. Mendorong pembangunan mapan sektor beli belah secara dalam talian dan penghantaran ekspres.
Memainkan peranan pelaburan bagi mengoptimumkan pembaharuan sektor pembekal. China akan menyelesaikan pelaburan dalam pembinaan kereta api sebanyak RMB732 bilion, dan RMB1.8 trilion dalam pengangkutan jalan dan air. Pelaburan dalam pembinaan tali air akan mencecah angka RMB1 trilion. Pembangunan infrastruktur besar akan terus dirancang cenderung kepada kawasan tengah dan barat.
Kelapan, mewujudkan situasi pintu terbuka komprehensif yang baharu.
Memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), dan berpegang kepada prinsip berunding bersama, membina bersama dan berkongsi demi keuntungan bersama. Menjadikan hasil Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R kenyataan. Mendorong pembinaan laluan raya antarabangsa, meningkatkan kerjasama pelepasan kastam di negara-negara terlibat. Memperluas kerjasama kapasiti industri antarabangsa, untuk membawa produk buatan China dan perkhidmatan negara ini menembusi pasaran antarabangsa.
Mewujudkan pertumbuhan stabil pelaburan asing. Meningkatkan penyelarasan peraturan China dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa, membina iklim perdagangan yang bertaraf dunia. Membuka secara menyeluruh sektor pembuatan umum, meningkatkan tahap pintu terbuka bagi sektor telekom, perubatan, pendidikan, sara hidup bagi golongan tua, dan kereta tenaga alternatif. Membuka secara berperingkat pasaran penjelasan kad bank, memansuhkan sekatan lingkungan urus niaga syarikat insurans asing, melonggarkan atau memansuhkan had pemilikan peratusan syarikat asing dalam sektor perbankan, sekuriti, tabung, stok, dan pengurusan aset kewangan, melaksanakan standard sama bagi akses pasaran bank China dan asing.
Memperkukuh trend perdagangan luar yang kian stabil dan mapan. Membantu perdagangan pemprosesan berpindah ke kawasan tengah dan barat secara berperingkat. Memperluas import, dan menjayakan Ekspo Import Antarabangsa China pertama, menurunkan tarif import bagi kereta dan barang kegunaan seharian.
Menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan. China tidak berganjak dalam mendorong globalisasi, dan memelihara perdagangan bebas. China bersedia mendorong proses rundingan pelbagai hala dengan pihak-pihak berkaitan, menyelesaikan rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) seawal mungkin, dan mempercepat pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik dan Komuniti Ekonomi Asia Timur. China berpegang kepada prinsip menyelesaikan pertikaian perdagangan melalui rundingan dan permuafakatan yang sama rata, menentang perlindungan perdagangan, dan kekal mempertahankan hak dan kepentingan sah sendiri.
Kesembilan, meningkatkan jaminan dan membaiki kesejahteraan rakyat.
Menggalakkan pengambilan kerja dan keusahawanan. Sebanyak lebih 8.2 juta siswa-siswi akan tamat dari institusi penganjian tinggi (IPT) pada tahun ini. Angka ini mencipta rekod tertinggi dalam sejarah. China akan menggalakkan pengambilan kerja dan keusahawanan melalui pelbagai saluran.
Meningkatkan pendapatan rakyat.
Meningkatkan pembangunan pendidikan yang adil dan berkualiti. Mengembangkan pendidikan wajib secara seimbang di bandar dan kawasan luar bandar. Peruntukan pendidikan akan tertumpu kepada kawasan mundur dan bidang lemah.
Melaksanakan strategi kesihatan China. Piawaian subsidi kerajaan bagi insurans perubatan asas perkapita akan dinaikkan RMB40.
Meningkatkan penyelesaian masalah perumahan rakyat.
Meningkatkan jaminan kehidupan asas bagi rakyat.
Membina pola pengurusan masyarakat yang berteraskan membina bersama, mentadbir bersama, dan berkongsi.